THE MILLENNIALS MY
TOPIK #1
APLIKASI TEMU JANJI: SUDAH DIANGGAP NORMAL?
Seperti yang kita tahu, beberapa minggu lepas di media sosial telah tergemparnya tentang sebuah aplikasi temu janji 'Sugarbook' apabila mereka telah menyenaraikan 10 universiti yang paling tertinggi jumlah 'Sugar Baby' atau 'anak ikan' di Malaysia.
![]() |
| https://coconuts.co/kl/lifestyle/sunway-uni-in-kl-salty-it-was-named-1-hotspot-for-finding-sugar-babies/ |
Ia telah menjadi bualan ramai di kalangan golongan penuntut universiti justeru menimbulkan kerisauan terhadap para ibu bapa. Persoalannya yang kian tertimbul pada masa kini ialah: Aplikasi temu janji, adakah ia telah menjadi sesuatu situasi yang 'normal' dalam kalangan masyarakat di dunia?
Rata-rata pendapat golongan orang ramai bersetuju bahawa aplikasi temu janji seperti Tinder, Sugarbook, WeChat kini kian membesar dengan pesat. Dengan tagline seperti ' Where romance meets finance' dan 'Match.Chat.Meet.Modern Dating' kini dipergunakan tanpa segan silu untuk tatapan umum. Kita juga dapat memperlihatkan beberapa jenis taktik pemasaran yang digunakan oleh aplikasi temu janji ini yang menimbulkan tanda tanya masyarakat sama ada undang-undang di Malaysia tidak menititk beratkan tentang masalah yang akan timbul dengan kewujudan aplikasi sebergini.
![]() |
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/12/549015/dbkl-not-sweet-sugarbook-billboard-ads-orders-immediate-removal |
Oleh kerana itu, kita dapat menyaksikan penimbulan masalah gejala sosial di kalangan masyarakat tidak kira umur. Walaupun selepas 'founder' aplikasi Sugarbook Darren Chan telah ditangkap oleh pihak polis, kami sejujurnya meramalkan bahawa aplikasi sebegini, akan semakin timbul bagai 'cendawan tumbuh selepas hujan' jika tidak diambil serius dari sekarang.
Apa kata anda? Kongsikan pendapat di ruangan komen atau emel kami di tanyamillennials@gmail.com.
ps;admin pun dulu budak WeChat


Comments